Kekasih Hanez Suraya, Romzie & Nurliyana Akan Bercerai Cara Baik

on Wednesday 16 April 2014

Kekasih kepada pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd. Jais akan bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan baharu.

Peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah Jaafar sebelum kes tersebut didengar petang semalam.

Menurut beliau, pihaknya bersetuju dengan cadangan Rubiah supaya kes tersebut diselesaikan secara rundingan dengan kemungkinan besar Romie akan memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai secara baik.

Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin menetapkan 16 Jun depan bagi mahkamah mengetahui keputusan perbincangan tersebut sama ada Romie akan memfailkan kes baharu iaitu bercerai secara baik atau perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkan Nurliyana akan berjalan seperti biasa.

Nurliyana, 29, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap Romie pada 1 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Nurliyana yang hadir kelihatan tenang sepanjang prosiding semalam manakala Romie, 34, tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.Sepanjang perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved