Shila Amzah Berjaya Jadi Finalis 'I Am Singer' Di China

on Friday 4 April 2014


Shila Amzah.

Penyanyi Shila Amzah berjaya menjadi finalis pertandingan I Am Singeryang akan berlangsung di Hunan, Changsha, China pada Jumaat (hari ini).

Ia merupakan satu sejarah kerana Shila, 24, merupakan artis Melayu pertama yang menyertai acara itu sejak diperkenalkan pada tahun lalu.

Dalam pertandingan tersebut, tiga peserta dari China berjaya mara ke peringkat akhir manakala Shila bersama Gary Chaw mewakili Malaysia.

Hong Kong dan Taiwan masing-masing seorang peseta.

“Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final ini. Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Khamis.

Pertandingan itu akan berlangsung pada pukul 8 malam (8 malam waktu Malaysia).

Kata Shila, dia diberi arahan untuk bersedia dengan dua buah lagu di mana pada pusingan pertama dia akan berduet bersama seorang penyanyi luar.

Jika berjaya mendapat tempat antara lima tertinggi, dia akan mara ke pusingan kedua dan akan membuat persembahan secara solo sebelum peminat diberi ‘kuasa’ untuk membuat undian bagi memilih juara.

Shila turut mencipta kebolehan luar biasa apabila terpilih ke peringkat akhir I Am Singersedangkan beliau menyertai acara berkenaan ketika minggu ketujuh iaitu pada Februari lalu.

Pada persembahan pertamanya, dia telah mendendangkan lagu Xiang Ni De Ye yang bermaksud Di Kala Malam, Ku Merindui Mu di mana lagu tersebut telah melonjakkan namanya dalam pertandingan itu sehingga membolehkan dia mendapat tempat kedua.

Lebih membanggakan pada minggu kesebelas popularitinya melonjak dan dia berjaya meraih tempat pertama selepas mempersembahkan lagu Rolling In The Deep nyanyian Adele.

Pada pertandingan itu tahun lalu, peserta dari China iaitu Yu Quan dipilih sebagai juara.
sumber:http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved