Seorang Maut, Lima Lagi Cedera Van Sekolah Terjunam Ke Dalam Kolam

on Tuesday 15 April 2014


Van sekolah yang dipandu seorang wanita terhumban ke dalam sebuah kolam kumbahan.

JOHOR BARU: Seorang kanak-kanak maut manakala lima lagi berada dalam keadaan kritikal selepas sebuah van sekolah terjunam ke dalam sebuah kolam kumbahan di Taman Universiti di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari di Jalan Pertanian 7.

"Kanak-kanak itu sedang masuk ke dalam van tersebut yang mengundur secara tiba-tiba dan merempuh sebuah pagar sebelum terjunam ke dalam kolam.

"Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar, 5. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulai untuk bedah siasat manakala lima murid yang lain dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Mohd Khamsani berkata, polis turut menahan pemandu wanita itu untuk membantu siasatan.
sumber:http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved