SADIS: 2 Pelajar di Bakar Kaki Kerana Telefon Bimbit

on Friday 11 April 2014

“Saya disoal bertubi-tubi sebelum dibakar hingga kaki hampir rentung,” kata Addin Rusdam, 15, menceritakan detik cemas dia dan rakannya selepas kakinya dibakar seorang pemuda yang menuduh dia mencuri telefon bimbit.

Pelajar tingkatan tiga itu berkata, akibat kejadian 26 Mac lalu, dia dan rakannya, Ahmad Zahirul Amin Abdullah, 16, kini terlantar di wad dan baru selesai menjalani pembedahan menampal kulit paha di kedua-dua tapak kaki dan betis mereka yang melecur teruk.

Menceritakan semula kejadian, Addin berkata, dia dan rakannya itu dihubungi suspek berusia 30-an untuk datang ke sebuah rumah di Kampung Sura, Dungun.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah berkenaan, mereka diasak dengan soalan berkaitan kehilangan telefon bimbit milik anak saudara lelaki itu yang juga kenalannya di sekolah. Turut berada di rumah itu ialah tiga lelaki lain.

Katanya, bapa saudara rakannya itu tidak berpuas hati apabila mereka memberitahu tidak tahu menahu mengenai kehilangan telefon bimbit berkenaan. 
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved