Punca sebenar 10 remaja hilang di bukit Broga

on Monday 7 April 2014

 Semalam, sepuluh remaja termasuk enam pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang yang dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga, Semenyih, telah ditemui oleh pihak bomba.

Mereka ditemui dalam sebuah rumah kongsi milik penduduk Orang Asli Kechau Dalam kira-kira jam 10.30 pagi Ahad dalam keadaan keletihan dan mengalami kecederaan.

Menurut salah seorang mangsa, Mohd Zafran Mohd Azmir, 16, dia memberitahu mula mendaki gunung itu pada jam 3.30 pagi Sabtu namun tiba-tiba tersesat selepas gagal mengesan tanda arah menuju ketika tergesa-gesa menuju ke puncak bukit berkenaan.

"Kami mula panik dan mencari-cari jalan untuk keluar. Nasib kami baik kerana dalam kekalutan kami terjumpa empat orang abang (mangsa) yang lain yang turut tersesat semasa pendakian."

"Sukar dibayangkan dengan kaki yang lenguh dan sejuk kami terpaksa gigihkan diri juga sehinggalah kami terjumpa sebuah rumah kongsi milik penduduk Orang Asli Kechau Dalam. Di situ kami merehatkan diri sebelum ditemui pihak bomba jam 10.30 pagi tadi."
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved