Pengantin Lelaki Tuntut Mas Kahwin Tambahan Alasan Bakal Isteri Gemuk?

on Monday 14 April 2014


Seorang lelaki menuntut mas kahwin tambahan RS500, 000 (RM26, 753) daripada ibu bapa pengantin perempuan kerana dia mendakwa bakal isterinya gemuk, lapor Malaysia Nanban.

Dalam satu insiden yang membawa kepada tunjuk perasaan di luar balai polis Machavaram di Kerala, India Selatan, Vikram Naidu dari Hyderabad telah bersetuju untuk berkahwin dengan seorang gadis dan ibu bapa gadis berkenaan telah bersetuju untuk membayar mas kahwin daripada Rs1mil (RM53, 506).

Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan, Vikram dilaporkan memberitahu gadis itu beliau akan mengahwininya hanya jika ibu bapanya memberinya satu lagi RS500, 000 dengan alasan; gadis itu “berat”. Pengantin lelaki itu juga mencadangkan yang gadis itu perlu menurunkan berat badan sebanyak 20kg jika ibu bapa gadis itu tidak mahu membayar.

Terkejut dengan permintaan itu, ibu bapa membuat laporan polis dengan bantuan pemimpin-pemimpin politik tempatan.

Ketegangan timbul apabila seorang pegawai polis dimarahi pemimpin politik yang datang untuk membantu keluarga gadis itu.

Ahli-ahli parti melancarkan bantahan terhadap pegawai yang meminta supaya tindakan diambil terhadapnya.
Sumber : The Star
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved