Pengacara bermata galak mahu majlis kahwin ditaja 100 peratus

on Saturday 12 April 2014


Baru-baru ini ada satu sumber dari selatan tanah air memaklumkan, pengacara sebuah program bual bicara pagi akan berkahwin tidak lama lagi.
Namun di sebalik cerita gembira itu, dia dikatakan mahu majlisnya ditaja sepenuhnya. Kiranya dari hujung rambut sampai hujung kaki mahu tajaan.

Perkara ini jadi buah mulut pengusaha butik perkahwinan. Khabarnya, pengacara bermata galak ini menghubungi seseorang dan minta carikan penaja untuk majlis perkahwinannya. Bukan setakat dirinya mahu ditaja, banyak lagi benda diminta, termasuk bunga telur.

Tercengang orang yang mendengar. Takkan semua kot! Kalau bunga telur pun mahukan tajaan, memang parah. Janjinya, sebagai balasan, nama penaja akan dicetak dalam kad kahwin.
Kalau setakat pakaian, pelamin, solekan dan jurugambar tak ada masalah, tetapi apabila mahu semua ditaja, memang tak masuk akal. Apatah lagi dia bukan popular mana pun. Artis ternama pun tidak ditaja penuh, ada juga perkara yang dibayar sendiri.

Nak kata dia tak berduit, mustahil sebab bekerja. Aduhai... nak tergelak pun ada bila dengar cerita ini. Ada juga spesies yang tagih tajaan seperti ini. Sebelum ini bukan tak pernah Sha dengar selebriti minta ditaja, tapi tak adalah melampau seperti ini.

Kita tunggu saja apa akan jadi seterusnya. Kalau betul ada pihak sudi menaja semua benda, bertuah pengacara ini. Apapun, Sha doakan persiapan hari bahagianya berjalan lancar.
sumber: http://onartis.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved