Kereta MYVI Terjunam Masuk Ke Dalam Parit Sebaik Saja Enjin Dihidupkan

on Wednesday 9 April 2014


Kota Kinabalu: Seorang lelaki terselamat daripada maut apabila kereta miliknya terus meluncur laju ke dalam parit sedalam lima meter sebaik enjin kenderaan itu dihidupkan dalam kejadian di Jalan Penampang, berhampiran Hospital Queen Elizabeth (HQE) I, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 petang, lelaki itu, Arbain Sumudin, 37, dikatakan berada di luar kereta Perodua Myvi miliknya sebelum menghidupkan enjin.

Namun, sebaik dihidupkan, keretanya terus meluncur sebelum terhumban ke dalam parit di hadapannya.


“Saya baru melawat isteri yang menjalani rawatan buah pinggang di HQE dan mahu ke tempat kerja.

“Ketika menghidupkan enjin, tiba-tiba kereta saya terus bergerak dan terjunam ke longkang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - Harian Metro
sumber: http://sosejroll.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved