Kehadiran Dayana Buktikan Kekuatan Ikatan Keluarga Ashraf Muslim

on Wednesday 9 April 2014

Kehadiran Noor Dayana isteri pertama Ashraf Muslim menziarahi Wan Sakinah dan anaknya menepis terus tanggapan peminat yang rumahtangga mereka mengalami masaalah, bahkan ianya dilihat sebagai kuatnya ikatan kekeluargaan mereka.


Malah melalui gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram milik Ashraf sendiri, Dayana dilihat turut sama teruja dan gembira menyambut kelahiran bayi perempuan tersebut. Ashraf menulis dilaman Instagramnya berkata,

Ini adalah saat keindahan bg kami semua.. Doakan kami semoga dgn lahir insan yg baru sj melihat dunia ini dapat merapatkan silaturrahim antara kami semua.. Terima kasih Sakinah, terima kasih Dayana dan yg paling penting terima kasih Allah kerana mendengar doa2 ku selama ini.. Ya Allah! Aku dapat rasakan cintamu terhadapku dan isteri2 dan juga anakku.. Bersyukur sgt2 pada Allah dgn apa yg diberikan kepada ku selama ini yg susah ataupun yg senang. Berat baby 2.51kg, dan baby girl. (5.4.2014).. Tidak lupa jga kepada rakan2 di pejabat dan peminat2 saya yg sentiasa menyokong dan mendoakan saya. Ini semua berkat dari kamu semua. Ini doa saya pada utk semua.. "Ya Allah, engkau ampunkanlah mereka yg menjadi umatmu, Engkau permudahkanlah segala urusan mereka diduni mahupun di akhirat, Ya Allah jauhkanlah mereka dari fitnah dunia, fitnah manusia dan fitnah iblis kerana ia selalu menggangu kita setiap hari, Ya Allah jauhkanlah mereka dari penyakit hati iaitu riak, sombong, berbuat andaian tidak baik, buruk sangka, mengaibkan org lain, dengki mendengki, iri hati, tamak, berfikiran negatif, mengkhianati org lain dan segala sifat mazmumah kerana penyakit hati ini akan melunturkan segala pahala amalan2 yg mereka lakukan selama ini, maka Engkau tingkatkan sifat mahmudah spt bertoleransi, berfikiran postif , rendah diri, sayang antara satu samalain, bantu membantu, memaafi org lain, tenang sentiasa dan sbgainya.. ya Allah bantulah mereka menjadi insan yg dekat dgnmu.. ya Allah engkau telah berjanji dgn kami sekiranya kami beriman dgnmu maka engkau akan tunaikan segala permintaan kami.. yaAllah sekarang kami beriman dgnmu maka tunaikanlah permintaan kami.. Terima kasih ya Allah.. Ameen"
 

sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved