Cemerlang SPM, Rozita Che Wan Mahu Hadiahkan Anaknya BMW X6

on Monday 7 April 2014

Anak lelaki Rozita Che Wan seperti yang dimaklumi semua telah lulus dengan cemerlang dalam SPM baru-baru ini.

Ammar Effendy telah berjaya mencatatkan keputusan dengan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru baru ini dengan memperoleh 8A dan pastinya ini sesuatu yang harus dibanggakan oleh Che Ta.

Dalam satu temubual bersama media sebelum ini, Rozita Che Wan pernah mendedahkan yang anaknya itu mengimpikan sebuah kereta sport sebagai hadiah berjaya dalam SPM dan isteri kepada Zain Saidin itu nampaknya mahu merealisaikan impian anaknya.

Rozita Che Wanjuga memberitahu yang dia ingin menghadiahkan sebuah BMW X6 yang menjadi keinginan anak lelaki kesayangannya itu namun perlu menunggu kerana beliau mahu selesaikan urusan membeli kereta untuk dirinya sendiri terlebih dahulu.

Rozita Che Wan dan suami merancang untuk membeli sebuah kereta baru yang lebih besar memandangkan beliau kini sedang hamil dan ahli keluarga akan bertambah. Bertuah sungguh menjadi anak Rozita Che Wan
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved