Buat Report Polis Kerana Diganggu Azan Subuh

on Saturday 12 April 2014


Seorang lelaki yang berumur 50an, telah membuat satu laporan polis kerana terganggu dengan bacaan ayat tahrim dan laungan azan subuh yang terlalu kuat di rumahnya.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Said membuat aduan polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau juga telahpun membuat aduan kepada pejabat Agama Islam negeri Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan juga ahli jawatan kuasa (AJK) surau perumahan terbabit.

Kisahnya bermula dalam jam 545 pagi apabila Said terkejut dan terganggu dengan bacaan tahrim yang kuat serta laungan azan yang begitu kuat di rumahnya sehingga beliau tidak selesa.

Kisah ini dishare oleh sebuah fanpage dan menjadi viral. Ramai yang terkejut dengan report polis ini.

Ada juga seorang non muslim yang membuat status yang menarik perhatian orang ramai iaitu Eric Kai Yuen : I'm non Muslim, my condo is just opposite masjid, and i stay here for more than 10 years. I didn't found a single problem with it. I believe praying is good for everyone, no matter what religions u are.

sumber: http://sehinggit.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved