Bayaran Tinggi Punca Produksi Melayu Takut Ambil Alvin Wong

on Thursday 10 April 2014

Alvin Wong, pelakon cina yang sering berlakon dalam drama Melayu memberitahu bayaran tinggi yang dikenakannya menjadi punca syarikat produksi tempatan takut menawarkannya berlakon.

Menurut Alvin, 40, sebenarnya dia tidak meletakkan bayaran sesuka hati sebaliknya melihat kepada keupayaannya berlakon bersesuaian dengan pengalamannya hampir 20 tahun dalam dunia seni.

"Memang benar saya jarang muncul dalam drama berbahasa Melayu kerana suda tiada tawaran dan produksi mungkin takut hendak ambil saya kerana bayaran dikenakan agak tinggi.

"Tetapi jumlah yang saya kenakan bersesuaian dengan pengalaman hampir 20 tahun sebagai pelakon," katanya.

Kata Alvin lagi, kekurangan watak berbangsa Cina dalam drama Melayu turut menyebabkan dia jarang muncul dalam karya berkenaan.

Bagaimanapun Alvin mendedahkan dia bakal muncul dengan sebuah filem di samping Zahiril Adzim dan Elfira Loy berjudul Rentap yang dijadualkan untuk tayangan pada Ogos depan.

"Rindu sebenarnya hendak berlakon kembali dengan syarikat produksi tempatan tetapi bukan rezeki saya buat masa ini dan itu tidak bererti saya sudah lupakan peminat berbangsa Melayu," katanya.

Sementara itu, Alvin berkata, dia kini sibuk memberikan tumpuan kepada projek drama Cina.

Jelas Alvin, industri hiburan Cina tempatan semakin rancak dengan pelbagai produk dihasilkan dan sebagai anak seni dia berbangga dengan perkembangan tersebut.

"Dulu mungkin industri agak perlahan tetapi sekarang ia sudah berkembang maju dengan pelbagai program diterbitkan terutamanya untuk siaran televisyen.

"Kini kita tidak perlu lagi terlalu bergantung harap dengan program-program luar kerana rancangan yang diterbitkan oleh anak tempatan sangat berkualiti," jelasnya.

Untuk rekod, nama Alvin mula dikenali peminat sejak muncul dalam drama bersiri Each Other di samping Cheryl Samad selain Table For Two, Kopitiam, Agensi Melor dan Tangkal Besi.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved