Amir Raja Lawak dan kekasih bakal berkahwin di Amerika

on Saturday 12 April 2014

Gosip mengenai Amir Raja Lawak bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi mula kedengaran apabila pelakon itu memuatnaik foto-foto kenangan bersama bakal isterinya ketika hadir ke Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya, baru-baru ini di laman Instagram.

Rata-rata peminat yang melihat wajah kekasih baru Amir menghamburkan pujian melambung kepadanya kerana memilih seorang gadis yang sopan, manis dan bertudung. Untuk itu, beliau meminta orang ramai agar mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua hingga ke alam perkahwinan.

Di laman cari.com.my pula, seorang penggiat forum turut berkongsi artikel mengenai gosip ini dengan mendakwa Amir Raja Lawak dan kekasih bakal berkahwin di Amerika. Benarkah dakwaan individu tersebut?
sumber:http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved