Amerika Syarikat Nafi MH370 Ada di Diego Garcia

on Friday 11 April 2014

Bila pelbagai spekulasi berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berlegar-legar dalam kalangan orang ramai, teori mengenai penglibatan Amerika Syarikat (AS) paling popular.

Teori tersebut ialah pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone (alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi) oleh AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.

Hari ini menurusi akhbar Sinar Harian, pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menjawab teori berkenaan.

Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.

Menurut jurucakapnya, tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ.

“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.

Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.

“Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.

Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved