USS Kidd, P-8 Poseidon Cari MH370 Di Laut Andaman - Pentagon

on Saturday 15 March 2014


Pesawat P-8 Poseidon akan memulakan pencarian di selatan Teluk Bengal dan utara Lautan Hindi.

WASHINGTON: Kapal tentera laut Amerika Syarikat dan pesawat pemantaunya kini bergerak menuju ke Laut Andaman dan Teluk Bengal untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Pesawat P-8 Poseidon dan kapal pemusnah berpeluru, USS Kidd, akan membantu gerakan antarabangsa untuk mencari pesawat tersebut yang kini kawasan SAR diperluaskan ke sebelah barat Malaysia, demikian menurut jurucakap Pentagon.

Kolonel Steven Warren berkata, “USS Kidd kini digerakkan di utara Selat Melaka yang apa kami panggil sebagai operasi mencari di barat,'".USS Kidd bersiap sedia untuk menjalankan misi mencari di Laut Andaman dan Teluk Bengal.

“P-8 pula akan menjalankan misi mencari di kawasan lebih luas... di bahagian selatan Teluk Bengal dan di bahagian utara Lautan Hindi," katanya kepada pemberita di Washington. - AFP
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved