TUDM Jamin Maklumat Satelit Yang Dirahsiakan Tak Jejas Operasi Cari MH370

on Thursday 27 March 2014


Lt Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad. 

BEIJING: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi jaminan kepada keluarga penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang bahawa maklumat dari satelit British yang dirahsiakan tidak memberi kesan kepada operasi mencari dan menyelamat.

Panglima Operasi Udara TUDM, Lt Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad berkata, demikian semasa berdialog dengan anggota-anggota keluarga penumpang rakyat China yang mahukan jaminan beliau bahawa data satelit yang dirahsiakan itu tidak memberi kesan kepada operasi yang sedang berjalan itu.

Beliau percaya maklumat yang dirahsiakan buat sementara itu oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara British (AAIB) dan satelit Inmarsat akan didedahkan sebaik sahaja siasatan selesai atau semasa dalam analisis.

Waris terdekat 154 penumpang warga China dalam penerbangan MH370 itu kebanyakannya enggan menerima sebarang jawapan mengenai kehilangan pesawat itu melainkan pesawat itu ditemui semasa taklimat oleh pasukan peringkat tertinggi Malaysia mengenai perkembangan tragedi itu di Hotel Lido di sini, Rabu.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin berkata, tragedi itu tidak akan menjejaskan hubungan dua hala di antara Malaysia dengan China.

"Kami telah bekerjasama rapat dengan kerajaan China dari mula sehingga sekarang sejak kejadian pada Mac lepas," katanya.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved