Tahniah : Elliza (AF3) Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

on Friday 28 March 2014


Bagi peminat setia program realiti Akademi Fantasia, anda pasti mengenali pemilik nama Elliza Razak yang pernah menyertai pertandingan itu bagi musim ke 3 yang lalu.

Walaupun kurang menyerlah berbanding rakan-rakan yang lahir daripada program realiti yang sama, nama Elliza tidak pernah sepi kerana sering menerima pelbagai tawaran berlakon.

Terkini, Elliza selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang sungguh comel hasil perkahwinannya dengan jejaka bernama Khairul Adzwan Nasir.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Elliza sendiri di laman Instagram miliknya petang semalam menerusi sekeping foto comel bayi perempuannya.

Difahamkan, Elliza telah bersalin melalui kaedah ceasarean setelah dimasukkan ke wad sejak 26 Mac yang lalu dan anaknya itu diberi nama Andhiqa Ellisya Binti Khairul Adzwan.

Untuk pengetahuan, bayi comel seberat 4.06 kilogram itu telah selamat dilahirkan semalam, tepat jam 9.51 pagi.

Pada yang tidak tahu, Elliza dan suaminya telah melangsungkan perkahwinan pada 11 No­vember 2011. Apapun, tahniah diucapkan kepda Elliza atas kelahiran puteri sulungnya ini.
sumber:http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved