Selamat Pengantin Baru Vince!

on Saturday, 29 March 2014


Tahniah diucapkan kepada penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince Chong yang telah selamat melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihannya, Fiona Edwards pada 8 Mac lalu.

Difahamkan, majlis resepsi ini telah diadakan di sebuah kabin di Tanah Rimba, Janda Baik, Pahang dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat mereka.

Fiona yang bekerja sebagai pramugari syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) berasal dari Keningau, Sabah.

Menerusi foto yang dikongsi di akaun Instagram, pasangan ini juga telah menghabiskan cuti berbulan madu di Bali, Indonesia.

Masih belum terlambat rasanya untuk Media Hiburan Online ucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan ini. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
sumber: Media Hiburan
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved