Rumah Fariq Ab Hamid Pembantu Juruterbang Turut Di Serbu Polis

on Sunday 16 March 2014

Anggota polis tiba di rumah Pembantu Juruterbang MAS MH370, Fariq Ab Hamid kira-kira jam 7.50 malam tadi selepas siasatan dilakukan ke atas rumah juruterbang Zaharie petang semalam.

Fariq kiri bersama Zaharie kanan

Tiga kenderaan masing-masing dua Toyota Estima dan sebuah kereta Toyota Vios dinaiki sekurang-kurangnya 10 individu berpakaian preman dilihat masuk ke rumah keluarga Fariq tanpa mengetahui tujuan mereka.

Sebuah daripada Toyota Estima berkenaan adalah kenderaan sama yang dilihat masuk ke perkarangan kawasan perumahan Kapten Zaharie Ahmad Shah petang tadi.

Semua mereka dilihat keluar daripada rumah keluarga Fariq jam 8.45 malam dengan membawa bersama sekurang-kurangnya dua beg kertas.

Turut kelihatan pegawai polis daripada Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Kontinjen Selangor.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan komen tujuan anggota polis datang ke rumah Fariq tidak berjaya.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved