Kuala Lumpur: Perasaan teruja Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, yang dimuat naik di laman Facebook miliknya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 28 Februari lalu, mengundang simpati orang ramai.
Malah, beberapa gambar Pouria ketika berkunjung di lokasi sekitar ibu negara seperti menara berkembar Petronas dan pusat beli-belah Sogo meyakinkan pengguna laman sosial bahawa remaja warga Iran itu bukan pengganas.
Pengguna laman sosial simpati
Remaja itu turut memuat naik gambar di lobi menara berkembar PETRONAS, pada Khamis lalu, sebelum berlepas ke Beijing, China bersama 227 penumpang lain, dua hari kemudian dan hilang bersama pesawat MH370.
Pengguna laman sosial bersimpati dengan kehilangan remaja itu, selain ada yang mengakui raut wajah Pouria tidak menggambarkan dia seorang yang mempunyai niat jahat.
“Selepas melihat gambar awak (di Facebook), saya rasa awak orang baik. Saya harap awak akan pulang dengan segera,” kata Lance Eirral Garcia.
Pengguna lain, Frank Deal, mendoakan keselamatan Pouria dan semua penumpang MH370 dijumpai segera dan pulang ke rumah masing-masing.
“Saya tidak mengenali awak (Pouria) atau 237 penumpang dan kru MH370, tetapi seluruh dunia mendoakan kesejahteraan serta keselamatan kamu.
“Ramai yang mencari kamu tidak kira siang dan malam, menjejak sebarang petanda untuk dibawa pulang,” kata Christy Booth.
sumber: http://www.bharian.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment