Pelajar Maut, Bas Sekolah Terbalik

on Tuesday 25 March 2014

Seorang pelajar terbunuh manakala empat yang lain cedera selepas sebuah bas sekolah yang membawa 34 pelajar, terbabas dan terbalik dekat di Kg Nanding, Hulu Langat pada Isnin.

Pelajar yang terbunuh dikenal pasti sebagai Chin Yeong Peng, 17, ditemui di bawah bas tersebut.

Kesemua pelajar dari sebuah sekolah menengah Petaling Jaya, dilaporkan sedang terlibat dengan satu rombongan sekolah.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kumpulan pelajar itu bersama dengan seorang guru dalam perjalanan pulang dari Lembah Azwen Resort selepas menyertai satu kem kepimpinan.

Beliau berkata, bas itu meneruni cerun yang curam pada kira-kira pukul 1.20 petang dan pemandu cuba untuk mengawal daripada terbabas ke dalam cerun ketika ianya terbalik.

Polis berkata, brek bas itu kemungkinan gagal berfungsi. Kebanyakan pelajar terperangkap di dalam bas.

Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Ampang. Mayat Chin dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat .

Empat buah bas telah membawa kira-kira 150 pelajar ke tapak perkhemahan berkenaan.

Dua belas anggota bomba berada di tempat kejadian untuk membantu dalam membawa keluar pelajar yang cedera dari dalam bas.
sumber; kezoom

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved