Pakar Perang Wanita Ketuai 200 Anak Kapal Dalam Misi Carian Di Lautan Hindi

on Monday 24 March 2014

Kapten Allison mengetuai kapal HMAS Success dalam misi carian MH370 di Lautan Hindi.

KUALA LUMPUR: Kapten Allison Norris, yang mengetuai Tentera Laut Diraja Australia (RAN) dalam misi mencari penerbangan MH370 , adalah seorang wanita yang lasak.

Beliau mempunyai 25 tahun pengalaman dan merupakan pakar peperangan.

Sebagai ketua untuk kapal HMAS Success, Kapten Norris kini mengetuai lebih 200 anak kapal dalam misi carian di laut dalam di selatan Lautan Hindi.

Carian ini amat sukar tetapi Kapten Norris adalah seorang yang tegas dan tidak takut cabaran.

"Anak-anak kapal memberi tumpuan sepenuhnya kepada misi. Semangat berpasukan kita adalah tinggi dan kami memberi tumpuan untuk mendapatkan apa-apa serpihan yang mungkin boleh dikaitkan dengan kapal terbang yang hilang," katanya.

"Anak-anak kapal kapal sedar terdapat 239 keluarga di dalam pesawat itu dan kami berasa adalah menjadi peranan kami untuk melakukan apa sahaja yang termampu bagi memberikan jawapan yang mereka tunggu dan berhak mendapatkannya."

Kapten Norris, yang membesar di Maitland, New South Wales, menyertai angkatan tentera laut pada tahun 1987 dan merupakan lulusan Akademi Pasukan Pertahanan Australia pada tahun 1989.

Menurut laman web RAN, beliau menjalani latihan Pegawai Pelaut di Teluk Jervis dan Tobruk bagi mendapatkan sijil 'Bridge Watchkeeping' pada tahun 1992.

Beliau telah dinaikkan pangkat Leftenan pada tahun 1993 semasa berkhidmat di HMAS Sydney dan dikerahkan ke Timur Tengah bagi menyokong Operasi Damask (sumbangan tentera Australia ke Perang Teluk).

Selepas mendapat kelayakan sebagai Air Intercept Controller, beliau pulang ke laut untuk bersama HMAS Canberra, menurut RAN.

Kapten Norris berjaya menamatkan latihan peperangan pakar dalam Peperangan Di atas Air pada tahun 1996 dan kemudian berkhidmat di Sydney dan Adelaide, termasuk perkhidmatan bagi menyokong Operasi Bastille di Timur Timor, kata tentera laut.

Beliau telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Komander pada tahun 2000 dengan pelantikan dua tahun dengan Tentera Laut Amerika Syarikat di Pusat Sistem Data Pertempuran Tentera Laut di Virginia.
Kembalinya beliau, RAN berkata Kapten Norris berkhidmat sebagai Pegawai Arahan Armada sebelum dilantik sebagai Pegawai Eksekutif HMAS Melbourne , termasuk sekali lagi penempatan ke Timur Tengah, kali ini bagi menyokong operasi kempen menentang keganasan, keselamatan maritim dan cetak rompak.

Kapten Norris memegang Ijazah Sarjana Muda Sains, Ijazah Sarjana Pengurusan (Pengajian Pertahanan) dan Ijazah Sarjana Pengajian Maritim.

Beliau mengetuai HMAS Melbourne antara Julai 2008 dan Disember 2009, yang digambarkan tentera laut sebagai "kemuncak penting dalam kerjayanya setakat ini".

Pada tahun 2010, Kapten Norris adalah salah seorang finalis dalam Telstra Business Women's Award dalam Kategori Komuniti dan Kerajaan untuk Australian Capital Territory.

Beliau telah dinaikkan pangkat kepada Kapten pada Ogos 2011 dengan mengambil peranan sebagai Pengarah di Pusat Kawalan Bersama di Ibu Pejabat Perintah Operasi Bersama.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved