Objek Dikesan Radar Militari Cuba Berpatah Balik Adalah MH370 - Najib

on Saturday 15 March 2014


Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan objek tidak dikenal pasti yang dikesan cuba berpatah balik ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut oleh radar militari adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau berkata, menurut data terbaharu, komunkasi terakhir di antara pesawat tersebut dengan satelit adalah pada pukul 8.11 pagi Sabtu lalu.

"Hasil komunikasi maklumat satelit dan dibandingkan dengan maklumat radar militari, pesawat tersebut disahkan sebagai MH370," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang pada Sabtu.Menurut Najib, berdasarkan maklumat tersebut, komunikasi pesawat dimatikan secara sengaja sebaik pesawat MH370 memasuki ruang udara Pantai Timur Malaysia.

"Transponder dimatikan semasa pesawat MH370 menghampiri sempadan Vietnam," katanya.

Justeru, hasil maklumat terbaharu ini, Najib berkata, operasi mencari dan menyelamat pesawat tersebut di Laut China Selatan dihentikan.

"Pencarian MH370 kini bertumpu di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi," katanya.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved