Mila AF5 kecewa gambar Zaharie dikecam teruk peminat

on Tuesday 18 March 2014


Bekas juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin, 27, memberitahu kecewa dengan sikap sesetengah peminat yang suka melemparkan kritikan negatif tanpa usul periksa.

Ini kerana, Mila baru-baru ini dikecam teruk peminat selepas memuatnaik sekeping gambarnya bersama dengan Kapten Zaharie di akaun Instagram.

Susulan daripada itu, Mila terpaksa memadam gambar berkenaan bagi menghentikan segala komen-komen negatif yang tidak putus-putus dilemparkan.

"Saya muat naik gambar tersebut sebagai tanda simpati dan risau dengan keadaan yang berlaku. Sebaliknya apabila gambar itu dipaparkan banyak sangat komen negatif daripada peminat."

"Ada yang kata saya tak sensitif, tak menghormati keluarga dan macam-macam lagi. Saya sendiri tak berniat untuk menyakiti sesiapa dan perbuatan itu (memuatnaik gambar) sebagai tanda kerisauan saya."

“Untuk mengelak macam-macam persepsi negatif lebih baik saya buang gambar itu segera daripada terus menjadi isu dan menimbulkan perdebatan di laman sosial."

sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved