MH370: Zaharie Dan Fariq Tidak Minta Ditugaskan Bersama

on Monday 17 March 2014



Juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Fariq Abdul Hamid dilaporkan tidak meminta ditugaskan bersama dalam penerbangan ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Penyiasatan kini lebih tertumpu kepada krew penerbangan serta penumpang selepas klue terbaharu menunjukkan signal telah sengaja dimatikan oleh orang yang berpengalaman dalam bidang penerbangan agar pesawat itu tidak dapat dikesan oleh menara kawalan trafik udara.

Semalam, pihak polis dilaporkan telah mengeladah kediaman Zaharie dan Fariq di Shah Alam, Selangor.

Menurut polis, pemeriksaan itu adalah prosedur ‘normal’ bagi sesebuah penyiasatan yang dilakukan.

Untuk makluman, Zaharie mempunyai simulator penerbangannya sendiri di rumah di atas minatnya yang mendalam terhadap bidang tersebut.
sumber: http://belogfadah.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved