Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat unsur pengganas.
"Siasatan pelbagai sudut dijalankan," katanya
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pula mengesahkan penemuan pasukan mencari dan menyelamat Vietnam yang mengesan kemungkinan terjumpa objek berbentuk serpihan pintu pesawat di barat daya Pulau Tho Chu tidak benar.
Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, objek tersebut adalah seikat kayu yang kelihatan seperti tukun ikan.
"Kita sudah menghubungi pihak berkuasa Vietnam dan mereka sahkan tiada penemuan serpihan pesawat itu," katanya dalam sidang akhbar mengenai insiden kehilangan pesawat MH370 di perairan Laut China Selatan awal pagi Sabtu lalu di sini hari ini.

Luigi Maralgi , mangsa kecurian passport yang sedang bercuti di Thailand
Dalam pada itu, kedua-dua individu yang dikenalpasti menggunakan identiti dan pasport palsu didapati membeli tiket sehala dalam penerbangan mereka dan tidak membeli tiket untuk pulang.
Ia antara maklumat yang diperolehi dalam siasatan membabitkan dua suspek berkenaan oleh pihak berkuasa yang ketika ini tidak menolak kemungkinan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah angkara keganasan.
Data perjalanan kedua-dua lelaki itu menunjukkan dua lelaki Asia menaiki MH370 menggunakan dua pasport dipercayai yang dicuri daripada seorang warga Itali Luigi Maradi dan warga Austria Christian Kozel.
Dua suspek itu juga didapati membeli tiket bersama dan menaiki pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama-sama sebelum transit di Beijing untuk ke Amsterdam.

Selain itu data juga menunjukkan kedua-dua mereka tidak membuat sebarang perancangan untuk pulang dari Copenhagen, Denmark iaitu lokasi tiket dengan identiti Maraldi tamat dan di Frankfurt, Jerman ialah lokasi penamat untuk lelaki yang menggunakan pasport Kozel, menurut laporan New York Times.
Perkembangan itu membuatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi segera melancarkan siasatan bagaimana pasport palsu berkenaan boleh melepasi pemeriksaan lapangan terbang seterusnya boleh menaiki pesawat.
“Saya masih terkejut, takkan pegawai imigresen tidak boleh membezakan apabila menerima pasport Eropah tetapi pemiliknya mempunyai wajah Asia,” katanya malam tadi, memetik laporan
sumber: kezoom

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment