MH370: Malaysia Tidak Pernah Tolak Bantuan Interpol

on Monday 17 March 2014


Ahmad Zahid

KAJANG: Malaysia menafikan dakwaan menolak tawaran bantuan daripada Interpol untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

"Saya rasa kerjasama antara negara, melalui polis dengan Interpol telah lama wujud dan kami berkongsi hubungan yang erat dengan mereka. Isu seperti ini tidak seharusnya timbul," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Polis sedang menyiasat semua aspek termasuk untuk mencari bukti daripada penumpang dan krew penerbangan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program Sepetang Bersama Rela Hulu Langat, di sini, Ahad.

Ahmad Zahid mengulas laporan yang mendakwa Malaysia telah menolak tawaran dari Interpol untuk mencari pesawat yang hilang.

Beliau menambah beberapa langkah telah diambil untuk meningkatkan keselamatan di KLIA dengan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan ia menepati piawaian antarabangsa.
sumber:http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved