Malaysia Tetap Cari MH370 Meskipun Ada Negara Tarik Diri

on Thursday 27 March 2014

Malaysia akan tetap meneruskan misi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi walaupun ada negara yang menyertai misi SAR ketika ini ingin menarik diri, menurut Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pemangku Menteri Pengangkutan itu berkata demikian pada sidang media harian mengenai MH370, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

"Walaupun ada negara yang menyertai SAR ini menarik diri, kita tetap teruskan bersama-sama dengan pakar dari Perancis di mana kita sudah menemui mereka sebelum ini.

"Mereka juga sudah berkongsi maklumat dan kepakaran dalam mencari pesawat Air France yang terhempas pada 2009 dan kotak hitam pesawat berkenaan ditemui dua tahun selepas itu," katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, pasukannya tidak akan berganjak dalam misi ini walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata yang kurang enak.

"KIta sentiasa telus dan buat pengesahan terhadap apa sahaja bukti yang diterima. Apa saja tohmahan terhadap pasukan kita, kami tidak akan berganjak dalam misi mencari pesawat MH370 ini," katanya.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved