Kes cerai Liyana Manan dan Romie dibicarakan 14 April 2014

on Tuesday 18 March 2014


Perbicaraan kes cerai pasangan Liyana Manan dan suaminya Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, ditangguhkan ke tarikh 14 Mac 2014 oleh Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini.

Keputusan penangguhan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin atas permintaan peguam plaintif, Kamar Ainiah Kamaruzaman bagi memberi masa kepadanya meneliti semua dokumen berkaitan.

Terdahulu, Kamar Ainiah memohon penangguhan dengan memberikan alasan bahawa dia baru sahaja dilantik oleh Liyana Manan Jumaat lalu bagi menggantikan peguam lama.

Manakala, peguam yang mewakili Romie, Rubiah Jaafar tidak membuat sebarang bantahan dan bersetuju dengan permohonan Kamar Ainiah.

Untuk makluman, Liyana Manan memfailkan fasakh mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) pada 1 Oktober 2013. - SH
sumber; http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved