Kejantanan Aidil Zafuan punca Zarema Zainal terpikat

on Thursday 20 March 2014


Penulis tersenyum seketika membaca satu artikel mengenai Zarema Zainal dan Aidil Zafuan di Berita Harian hari ini. Mana tidaknya, artikel tersebut mengupas panjang lebar tentang detik-detik perkenalan pasangan ini sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Menurut cerita Aidil, dia memberitahu mengenali Zulhisham, abang Zarema terlebih dahulu sebelum isterinya. Mungkin kerana jodoh, dia dan Zarema telah dipertemukan dalam majlis cukur jambul anak saudara Zarema.

"Saya kenal abangnya, Zulhisham dulu sebelum Zarema dan ahli keluarga yang lain. Apabila sudah kenal, suatu hari, abangnya menjemput saya hadir ke majlis cukur jambul anak saudara Zarema. Saya terjumpa Zarema di majlis itu.

Sebenarnya pada masa itu, saya hanya memandangnya dari jauh dan tak tahu Zarema adalah adik kepada Zulhisham. Apabila sudah kenal rapat dengan keluarganya, dari situlah saya mula kenal dengan Zarema."

Wow, memang romantik sangat detik-detik pertemuan mereka, tak gitu? Selain itu, Aidil turut berkongsi mengenai ciri-ciri dimiliki Zarema Zainal yang membuatkan dirinya tertarik sehingga dengan rela mengambilnya sebagai teman hidup.

"Bagi saya apa yang patut ada dalam setiap perhubungan adalah persetujuan dan restu daripada kedua ibu bapa serta kepercayaan antara satu sama lain. Apa yang membuatkan saya tertarik pada Zarema adalah sikapnya yang memahami kerjaya saya, sekalipun saya tidak dapat cuti atau sibuk dengan kerja.

Perangai Zarema yang paling saya suka ialah tidak mengharapkan saya sangat sebab boleh melakukannya semua sendiri. Saya mengharapkan keluarga yang bahagia dan besar. Ramai tahu saya ini duda anak dua, sudah mempunyai keluarga sebelum ini. Isteri saya pun dapat menerima anak-anak saya seadanya.

Diharapkan dengan permulaan baru ini, jika diizinkan Tuhan, saya tak menolak jika dikurniakan sebanyak mana pun cahaya mata. Memang sasaran saya berkahwin adalah untuk membina keluarga."

Sementara itu, Zarema tidak ketinggalan bercerita sebab utama dia terpikat dengan Aidil meskipun mengetahui status suaminya duda anak dua.

"Saya suka dengan sifat kelelakiannya. Aidil seorang yang mementingkan keluarga. Seperti saya yang mempunyai keluarga besar dan Aidil juga mempunyai keluarga yang besar. Jadi saya nampak sikap beliau ang selalu mengutamakan keluarga. Aidil juga seorang penyayang dan romantik.

Saya bersyukur apa yang dirancang semua berjalan lancar. Bersyukur kepada hadrat Ilahi memberikan laluan yang sempurna dan baik untuk kami teruskan hubungan ini. Saya berharap dan berjanji untuk menjadi seorang isteri solehah sebaik-baik Siti Khadijah."

Pesanan penulis, biarlah hubungan suami isteri yang dibina kekal hingga akhir hayat. Kalau timbul masalah, cuba bawa berbincang dan belajar untuk saling faham memahami antara satu sama lain.
sumber; http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved