Ibu Khairul Amri Sebak Lihat Berita MH370 Hilang Di Laut Hindi

on Wednesday 26 March 2014

 | Ibu kepada seorang penumpang pesawat MH370, Khairul Amri yang dihubungi media terkejut dan enggan mengulas lanjut mengenai pengumuman yang di buat oleh Perdana Menteri Malaysia berkaitan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Makcik sedih sangat dengar berita ini, Makcik tak tau nak cakap apa lagi," kata Normah Jaafar, 50 an ibu kepada seorang penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Khairul Amri Selamat,29.

Ketika dihubungi, di sini, semalam, Normah yang berada di rumahnya di Kerayong Makmur, Bera, kedengaran menangis teresak-esak dan menyatakan kesedihannya kepada wartawan mengenangkan nasib anaknya, Khairul Amri yang menaiki pesawat itu ke Beijing, China, 17 hari lalu untuk menjalankan tugas membaiki sebuah pesawat di sana.

"Terima kasih kerana menghubungi makcik dan bersimpati atas apa yang terjadi, makcik tidak tahu nak cakap apa lagi.

"Bagi makcik masa dulu," katanya mengakhiri perbualan. Difahamkan, ibu tersebut akan ke Kuala Lumpur ditemani seorang anaknya untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pengumuman dibuat Perdana Menteri.

Sebelum ini, puan Normah juga terkilan apabila seorang wanita tiba-tiba mengaku Khairul Amri adalah anaknya.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved