Hishammuddin Tun Hussein: “Memang Saya Sepupu Perdana Menteri, Tapi…”

on Wednesday 19 March 2014

Kredibiliti Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mula dipermainkan media barat apabila mendakwa beliau di bawah ‘perlindungan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media di Sama-sama Hotel pada petang tadi, seorang wartawan dari CNN mula mendakwa beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat menyalurkan maklumat kepada semua pihak.


Hishammuddin Tun Hussein: “Memang Saya Sepupu Perdana Menteri, Tapi…”

Wartawan tersebut juga mula mempertikaikan hubungan kekeluargaan beliau dengan Najib.
Hishammuddin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

“Ya, saya memang sepupu Perdana Menteri namun saya bukan berada di bawah perlindungan beliau.

“Pihak kami bekerjasama dengan 26 buah negara yang berbeza, banyak maklumat yang diterima dan perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada media, tentunya ia memakan masa,” katanya.

Beliau turut menegaskan, beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang dakwaan berhubung pencarian MH370.
Sumber : Sinar
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved