
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebanyak 1,788 bot nelayan C dan C2 di perairan Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Pulau Pinang akan membantu operasi berkenaan secara sukarela sambil menjalankan kerja menangkap ikan.
"Kita sudah meminta mereka untuk terus melaporkan kepada kita jika menemui objek yang luar biasa ketika di laut, supaya kita dapat menyalurkan maklumat itu kepada pasukan menyelamat," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.
Ismail berkata, beliau juga sudah menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia untuk sama-sama membantu, selain akan turut meminta pertolongan daripada Thailand dan Vietnam.
sumber: http://www.bharian.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment