Filem Pertama RM5j Belum Tayang, Penerbit Ambil Risiko Terbit Filem Kedua

on Tuesday 25 March 2014


Nabil Ahmad, antara pelakon yang terlibat dalam filem Tuli Sekampung.

Penerbit filem Karya Prima Productions Sdn Bhd sanggup mengambil risiko melaburkan wang sejumlah RM1.5 juta bagi menerbitkan filem baharu, Tuli Sekampung walaupun filem pertama syarikat tersebut, Bravo V bernilai RM5 juta masih belum ditayangkan.

Penerbitnya, Nik Nor Ashikin Nik Abd Majid berkata, dia berani berbuat demikian kerana yakin, pengarah Tuli Sekampung iaitu Mohd Nor Kassim mampu memberikan hasil karya menarik yang mampu menarik perhatian penonton.

"Saya tahu, ada pihak bertanya, kenapa keluar filem kedua apabila Bravo V pon belum ditayangkan lagi, kerana ia mungkin boleh mendatangkan kerugian.

"Bagaimanapun saya ada alasan sendiri. Bravo V merupakan karya unik di mana ia mempunyai tarikan tersendiri terhadap masyarakat. Begitu juga dengan Tuli Sekampung, saya mempunyai pengarah yang bagus, di mana dia mampu beri hasil yang terbaik. Jadi saya tidak perlu risau," katanya.

Nik Nor Ashikin Nik Abd Majid
Bravo V yang turut melibatkan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia, mengisahkan lima anggota komando memperjuangkan tanah air dibintangi oleh Remy Ishak, Shashi Tharan, Beto Khusyairi, France Peterson, Fong U-Shin, Xavier dan Soffi Jikan ini.

Filem Tuli Sekampung pula mengisahkan isu kemasyarakatan menceritakan tentang pengembaraan dua rakan, Yus dan Bil, yang merupakan pengembala dan penjaga lembu di ladang Hi Chapral.

Pengembaraan Bil dan Yus bermula apabila majikan mereka, Haji Lobo memberitahu bahawa, lembu baka A1 bernama Jogho telah diculik. Namun mereka tidak mengendahkan kehilangan lembu tersebut.

"Isu masyarakat merupakan sesuatu yang sentiasa relevan. Dengan garapan jalan cerita komedi dan pelakon-pelakon yang bagus, saya yakin, Tuli Sekampung merupakan karya yang boleh dibanggakan," ujarnya.

Bakal menjalani pengambaran sekitar Banting, Klang dan Kuala Lumpur, Tuli Sekampungdibintangi pelakon Nabil Ahmad, Taiyuddn Bakar, Leez AF 4, Rosli Subuh, Beto Kusyairy, Yus Jambu, Namron, Shuk SYJ, Wan Hanafi Su, Khabir Bhatia dan Zahiril Adzim.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved