Emma Maembong : Saya rindukan awak Zizan Razak

on Thursday 20 March 2014


Nampaknya, hubungan cinta dua pelakon popular Emma Maembong dan Zizan Razak bukan lagi rahsia. Masing-masing sudah berani membuat luahan rindu dan sayang di Instagram secara terbuka.

Pada penulis, ia satu perkembangan baik buat kedua mereka kerana turut mengesahkan dakwaan bercinta oleh peminat sebelum ini.

Untuk pengetahuan, Emma kini sedang bercuti di Thailand bersama adik-beradik dan beberapa rakannya yang lain. Walaupun sedang seronok bercuti di sana namun terselit juga perasaan rindunya kepada kekasih hati.

Bagi melepaskan rasa rindu itu, Emma melalui akaun Instagram miliknya telah memuatnaik sekeping gambar bersama Zizan dengan caption berbunyi romantis "Saya rindukan awk @zizanrazak869."

Jelas, ungkapan rindu tersebut menjadi bukti bahawa hubungan mereka kini bukan lagi sekadar kawan rapat tetapi sebagai pasangan kekasih.

Lebih menarik, Zizan turut membalas ungkapan rindu Emma dengan memuatnaik gambar yang sama sambil menyertakan caption berbunyi lebih romantis "I miss you too sayang".

sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved