Dijangka Jadi Penyampai ABPBH, Hanez Suraya Tarik Diri

on Thursday 20 March 2014


Kontroversi mengenai pelakon ‘Autumn Di Hatiku’, Hanez Suraya masih lagi hangat diperkatakan. Malah ia seakan-akan tidak pernah surut walaupun dia sudah tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Malah, baru-baru ini timbul pula desas-desus peminat ingin mengatakan ada pihak mahu membuat ‘Gerakan Baling Telur’ kepada Hanez semasa pementasan Teater Projek Kahwin nanti.

Terbaru, Hanez yang yang dijangkakan bakal menjadi penyampai trofi pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) nanti, telah membuat keputusan untuk mengundur diri.

Menerusi laporan Berita Harian hari ini, Hanez berkata keputusan itu diambil untuk meredakan semua cerita panas mengenai hubungannya dengan jejaka bernama Romie Razin Adilha.

Berat hati saya membuat keputusan ini, tetapi demi kebaikan semua, saya nekad melakukannya. Saya yakin semua yang berlaku ada hikmahnya.

Hanez juga menyatakan dirinya perlu sedikit masa untuk berdepan dengan semua perkara yang telah terjadi dan tidak akan menuding jari kepada sesiapa pun.

Dalam pada itu, Hanez mengakui dia pernah dihemburkan dengan kata-kata kesat dan dipersendakan oleh mereka yang terserempak dengan dirinya.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved