Britain Gerakkan Pasukan Penyiasat Kemalangan Udara Bantu Cari MH370

on Saturday 15 March 2014


PUTRAJAYA: Britain menggerakkan satu pasukan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) bagi membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Suruhanjaya Tinggi British di sini dalam satu kenyataan berkata, pasukan itu terdiri daripada penasihat dari pembuat enjin Rolls Royce dan dua penyiasat kanan AAIB.

"AAIB menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia sebagai badan siasatan untuk negara pembuatan enjin itu.

"Ini adalah prosedur biasa untuk mana-mana insiden yang melibatkan pesawat menggunakan enjin yang diperbuat oleh UK," kata Suruhanjaya Tinggi dalam satu kenyataan.

"Adalah diperlukan untuk mempunyai kepakaran apabila pesawat MH370 itu ditemui dan pihak berkuasa Malaysia bergerak pantas ke fasa siasatan," katanya.

Pesawat yang menggunakan Boeing777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari skrin radar selepas satu jam berlepas di KLIA dalam penerbangannya ke Beijing pada 8 Mac lalu.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved