Berita Terbaru Tragedi MH370 Saksi Lihat Ekor Pesawat Terbakar Di Tumpat

on Wednesday, 12 March 2014


Seorang petani mendakwa terlihat sebuah pesawat terbang rendah sekitar jam 2 pagi pada hari pesawat MH370 dilaporkan hilang, lapor Astro Awani.

Ibrahim Konok yang berasal dari Tumpat, Kelantan melihat kesan kebakaran pada ekor sebuah pesawat selama lima minit semasa berada di ruang angkasa sewaktu dia menanam lada di ladang semaian terbuka.

“Pakcik pun melilau tengok atas ni nampak api keluar (hak) dekat belakang sekali. Di ekor dia tu. Nampak pelik kapal terbang tu.

“Ia terus terbang ke laut. Ke Pantai Tujuh. Pakcik tengok sampai habis rokok sebatang di tangan,” katanya seperti dilapor Astro Awani.
Ibrahim, 59, turut mendakwa terlihat lambang Malaysia Airlines (MAS) di ekor pesawat sebelum hilang daripada penglihatan kira-kira lima minit kemudian.

Mendengar tentang berita kehilangan pesawat MAS itu, Ibrahim membuat laporan polis pada hari berikutnya.
sumber: http://tikaqbuloh.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved