Bantuan biar berlandaskan syariat Islam

on Tuesday, 11 March 2014


Shah Alam: Kerajaan mengalu-alukan bantuan semua pihak dalam usaha mengesan pesawat MAS MH370 yang masih gagal dikesan walaupun sudah masuk hari ketiga dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bantuan itu perlu berlandaskan syariat Islam.

“Kerajaan alu-alukan bantuan semua pihak dalam usaha untuk mengesan pesawat yang masih lagi belum ditemui sehingga kini.

“Apa yang penting, pertolongan itu perlu berlandaskan syariat dan hukum Islam,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Menghafaz al-quran Peringkat Kebangsaan, di sini, malam tadi.

Jamil turut menegur tindakan segelintir pihak yang menghina serta memperlekehkan kejadian berkenaan termasuk usaha beberapa agensi yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan.

Katanya, adalah lebih baik rakyat di negara ini menggunakan cara masing-masing untuk menyatakan sokongan dan simpati kepada keluarga mangsa.
“Kalau kita tak dapat bantu, cukuplah kita berdoa. Jangan pula mengutuk sehingga menyebabkan keluarga mangsa lebih tertekan.

“Kerajaan dengan sokongan negara jiran melakukan sebaik mungkin untuk memastikan pencarian pesawat berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.
sumber:http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved