Ahli Keluarga Krew Penerbangan MH370 Lega!!

on Monday 31 March 2014


Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat tidak menemui apa2 yg mencurigakan dlm simulator penerbangan yang dirampas dari rumah juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan ia sangat melegakan keluarga dan rakan2nya.

Menurut laporan, pegawai AS yg rapat dgn penyiasatan dan FBI berkata, siasatan TIDAK menemui sebarang petunjuk daripada peralatan komputer dan simulator Zaharie.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, juga berkata TIADA petunjuk yg mencurigakan ditemui dlm simulator penerbangan milik juruterbang itu.

Sebelum ini, pelbagai dakwaan dan spekulasi telah dihalakan kpd Kapten Zaharie termasuk beliau mempunyai motif membalas dendam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yg menjatuhkan hukuman penjara kpd Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Akhbar British sebelum ini melaporkan, Kapten Zaharie dikatakan hadir ke mahkamah ketika hukuman itu dijatuhkan dan merupakan penyokong fanatik pembangkang. Anwar Ibrahim menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal.

Sementara itu, CNN menyiarkan tulisan seorang juruterbang Boeing 777 yg berpengalaman selama 29 tahun dalam bidang penerbangan, Les Abend yg berpendapat, kedua2 juruterbang dan pembantu pesawat MH370 itu tidak terlibat dlm menjatuhkan pesawat itu.

Beliau berkata, jika kedua2nya terlibat sekalipun, ia bertujuan untuk menyelamatkan pesawat dan bukan untuk menghempaskannya. Beliau tidak yakin dgn teori yg mengatakan perampas atau juruterbangnya yg membawa kapal terbang itu sehingga jatuh.

Katanya, jika ia membabitkan perbuatan manusia, ia lebih kelihatan untuk cuba menyelamatkan pesawat itu, bukan menghempaskan,” katanya.

Anak kpd Kapten Zaharie, Aishah, 28 juga telah secara tegas menyatakan yg ayahnya tidak akan sesekali membahayakan nyawa org lain dlm apa jua keadaan sekalipun, sewaktu temubual beliau bersama Daily Mail.

Dgn perkembangan terbaru ini, mampukah menamatkan segala spekulasi/tanggapan buruk terhadap Kapten Zaharie yg selama ini telah mencemarkan nama baik beliau??
sumber: http://btmmari.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved