2 Gambar Ngeri Kumpulan ISIS Potong Tangan Lelaki Didakwa Mencuri

on Saturday 1 March 2014

 
Sekumpulan lelaki dipercayai dari Syria telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan bagaimana mereka memotong tangan seorang lelaki di dalam Twitter.

Imej menakutkan dan mengejutkan ramai itu bagaimanapun telah dipadamkan dari Twitter manakala pemegang akaun berkenaan pula telah digantung daripada laman media sosial itu.

Kejadian itu berlaku di bandar Maskanah, berhampiran Aleppo.

Kumpulan itu, yang mendakwa diri sebagai ISIS (Islamist State in Iraq and Syria ) mendakwa lelaki yang dipotong tangan itu adalah pencuri.

Salah seorang ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi, merupakan individu yang paling dikehendaki oleh kerajaan Iraq selepas beberapa siri serangan yang berlaku di Baghdad.

Kumpulan itu turut menentang Amerika Syarikat ketika penghujung perang Iraq pada 2011.

Ia juga menjadi kumpulan utama menentang rejim Bashar Assad di Syria serta dikategorikan sebagai kumpulan paling radikal di negara berkenaan.
sumber:http://www.josrevalution.net/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved