Zizan Tidak Lagi Rahsia Hubungan Cinta Dengan Emma

on Monday, 17 February 2014


Walaupun sering dikecam dengan pelbagai kontroversi berkenaan hubungan mereka, pasangan yang mengaku bahawa mereka kini sedang ‘rapat’ ini dilihat tenang dan bijak mencari jalan untuk menangkis isu-isu tersebut.

Terbaru, pelawak terkemuka tanah air tersebut bagaikan sudah memberi kepastian terhadap hubungannya dengan pelakon jelita, Emma Maembong, apabila telah memuatnaik sekeping lukisan kartun yang dipercayai dilukis oleh Emma sendiri.

Lukisan kartun yang dimuatnaik oleh Zizan

Malah, lukisan comel lelaki dan wanita berpegangangan tangan itu juga disertakan dengan caption romantis yang membayangkan keindahan hubungan cinta mereka.

Ucapan ‘love u syg’ yang ditulis oleh Zizan di dalam caption tersebut juga jelas menunjukkan bahawa hubungan mereka kini sudah lebih serius daripada sekadar bergelar ‘kawan rapat’ seperti yang didakwa oleh mereka berdua sebelum ini.

Caption romantis yang ditulis oleh Zizan

Para peminat juga nampaknya merestui hubungan Zizan dan Emma apabila mereka mendoakan semoga pasangan ini ke jinjang pelamin.

Lebih menarik lagi, Zizan turut membalas komen positif para peminat dengan ucapan:

Agaknya lepas ini Zizan dan Emma akan mengaku bercinta atau tidak bila ditanya oleh pihak media?
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved