Mac ini, bilangan ahli keluarga Datuk Yusof Haslam akan bertambah dengan kehadiran menantunya, pelakon Puteri Sarah Liyana yang akan diijabkabulkan dengan anak teruna pengarah tersohor ini iaitu Syamsul Yusof.
Yusof Haslam mengatakan dia amat menyenangi dan merestui calon isteri pilihan anaknya itu.
“Sarah bagus dan berbakat besar. Saya tidak ada halangan apabila anak memilih untuk bernikah dengan sesama artis.
“Bagi saya, jodoh sesama artis ini kerana selalu bertemu dan kadangkala jodoh ditemukan dengan orang sekeliling kita. Keluarga Sarah juga bagus dan menerima kehadiran anak saya dan kami sekeluarga dengan baik. Diharapkan perancangan untuk majlis pernikahan dan persandingan berjalan lancar,” katanya dipetik Metro Ahad.
Sebelum ini, Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah Ismail dilaporkan telah merisik Sarah, Disember lalu yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu yang terletak di Bandar Sri Damansara.
Sebelum menjalinkan hubungan dengan Syamsul, Sarah pernah bercinta dengan pelakon dan model, Ammar Alfian Aziz sementara Syamsul pernah dikaitkan bercinta dengan aktres Diana Danielle.
sumber; http://www.suarapeople.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment