Yasmin Hani Hilang Personaliti Lepas Bersalin

on Monday, 3 February 2014

Sesetegah wanita yang baru melahirkan bayi akan mengalami kemurungan biasa namun ianya cenderung untuk menjadi lebih teruk sekiranya si ibu tidak berjaya mengawal perasaan mereka.

Pengacara terkenal, Yasmin Hani juga tidak terkecuali daripada mengalami fasa tersebut selepas melahirkan anak sulungnya, Noah Ismail Wong kira-kira tiga bulan lepas.
Menurut Hani, karakternya sedikit sebanyak telah berubah dan menjadikannya seorang yang cepat tersentuh hingga hampir menitiskan air mata.
Sebelum ini saya seorang yang garang dan cepat marah. Tapi sejak lahirkan Noah, perlahan-lahan sikap tu hilang dan saya berubah jadi seorang yang mudah tersentuh pula. Kadang-kadang bila tengok Noah, tak semena-mena saya rasa nak menangis.
Bukan itu sahaja, Hani juga mengakui keyakinannya untuk bekerja semula semakin berkurang apabila menyedari bentuk badannya sudah tidak selangsing dulu.
Saya pernah hilang personaliti sekejap. Macam-macam yang saya fikirkan seperti penerimaan orang terhadap bentuk badan saya, kebolehan saya untuk berjauhan dengan Noah dan sebagainya. Tapi bila saya penuhi permintaan menjadi pengacara karpet merah di Konsert Destini tempoh hari, saya kembali bersemangat untuk bekerja.
Dalam perkembangan lain, Hani bersama suaminya, Sha’arin Razali telah merakamkan kenangan menjadi ibu bapa bermula dari detik awal kehamilan hinggalah selepas Noah dilahirkan.
Menurut Hani, segalanya tidak dirancang sebelum mereka suami isteri mendapat idea untuk berkongsi pengalaman dan informasi bersama orang lain menerusi sebuah program berjudul Selebriti Materniti Yasmin Hani.
Saya dan suami tidak pernah merancang pun nak menerbitkan program ini kerana pada asalnya kami mengambil gambar dan video sekadar simpanan untuk ditunjukkan kepada Noah apabila dia dewasa nanti.
Tapi idea untuk menerbitkan program itu timbul selepas menyedari rakaman peribadi yang kami rakamkan sepanjang kehamilan terlalu banyak dan kami rasa semuanya berpotensi untuk dikongsi kepada umum sekaligus memberi manfaat kepada orang lain.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved