Wartawan mStar Kahwin Vokalis Kumpulan Coco

on Saturday 1 February 2014


Hanya dengan dua kali lafaz, vokalis kumpulan Coco, Nine akhirnya bergelar suami kepada wartawan hiburan mStar Online, Feride Hikmet Atak, 28, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana, Keramat Mall di sini pada Jumaat.

Akad Nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan, Ismail Ab Rahman@Abdul Manan kira-kira pukul 8.30 malam dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hikmet Atak.

Nine atau nama sebenarnya Zulqarnain Jaafar, 33, memberikan mas kahwin sebanyak RM4,000.

Dalam pada itu, rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.
Pasangan pengantin Feride dan Nine dirai dalam majlis sederhana di Dewan Perdana Keramat.

Antara barang hantaran pihak lelaki ialah beg tangan, kasut, telekong, headphone, Al-Quran, mandian, dan sirih junjung.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah baju kemeja, sirih junjung, sejadah, kasut, beg tangan lelaki, manisan, coklat, mandian dan buku.

Pasangan yang bercinta hampir lapan tahun ini mengikat tali pertunangan pada 2 Jun 2013.
sumber: http://mstar.com.my/

























Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved