Tarikh 14 Feb…Lebih Ramai Ingat Valentine Dari Pembunuhan Kejam Left. Adnan

on Saturday, 15 February 2014


SATU peritiwa yang sukar dilupai dalam sejarah Tentera Darat ialah peristiwa indakan Tentera Jepun menawan Bukit Chandu, Singapura pada tanggal 14 Februari 1942.
Bukit Candu ketika itu dipertahankan oleh Platun No. 7, Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu yang diketuai oleh Lt Adnan bin Saidi, anak jati Sungai Ramal, Kajang, Selangor.
Tentera musuh, setelah gagal dalam percubaan yang pertama, mengulangi serangan dengan kekuatan yang berlipat ganda.
Di dalam pertempuran yang sengit ini, anggota Platun No. 7 telah berjuang dengan semangat yang gigih tanpa mengaku kalah.
Lt Adnan sendiri mengendalikan senjata Lewis Machinegun dan mara mara untuk memberi semangat dan perangsang.
Walaupun mengalami kecederaan, namun beliau telah menunjukkan semangat untuk terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.
Pertempuran yang berlangsung selama 48 jam itu menyebabkan ramai jiwa Askar Melayu terkorban dan tidak kurangnya yang cedera.
Namun bagi Lt. Adnan, yang juga cedera parah ketika itu serangan hebat Jepun tidak mampu melunturkan semangatnya.
“Biar Berputih Tulang, Jangan Berputih Mata”, kata-kata inilah yang membakar dan terus menyemarakkan lagi semangat juangnya dan rakan-rakan yang lain agar tidak gentar menghadapi Jepun demi mempertahankan Tanah Melayu sehingga titisan darah yang terakhir.
Namun Lt. Adnan tewas akhirnya kerana tidak mampu menandingi bilangan Tentera Jepun yang ramai.

(antara kekejaman tentera Jepun)
Bukit Candu akhirnya ditawan Jepun dan beliau sendiri menemui ajal setelah diikat dan digantung di sebatang pokok, lalu ditikam berkali-kali dengan bayonet Jepun.
Mayat beliau dilarang diturunkan daripada pokok tersebut sebagai peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang cuba menentang Jepun akan turut menerima nasib yang sama.
Kematian Lt. Adnan merupakan episod perjuangan seorang anak Melayu yang berjiwa cekal dan kental mempertahankan tanah air tercinta.
Keberanian Lt. Adnan turut diakui oleh General Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya.
Beliau mengatakan “Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun”.
Lt Adnan yang berjaya ditawan Tentera Jepun telah ditikam dengan benet berulang kali dan mayat beliau digantung kepala ke bawah di sebatang pokok.

Namun berapa ramai yang ingat akan peristiwa itu, dan berapa ramai pula yang bukan saja ingat, malah menyambut Hari Valentine tanpa rasa berdosa?
AL-Fatihah Allahyarham Left. Adnan bin Saidi, wira yang semakin dilupakan pengorbanan dan perjuangannya…
sumber: - Mynewshub.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved