Fathia tidak mahu kisah cintanya diperbesar-besarkan.
Pelakon Nur Fathia tidak mahu memperbesar-besarkan kisah percintaannya dengan aktor Aiman Hakim Ridza yang menjadi perbualan hangat kerana bimbang disalah erti oleh sesetengah pihak.
Nur Fathia berkata, dia terpaksa mendedahkan hubungan istimewa di antara mereka kerana sering diasak dengan pertanyaan tersebut walaupun lebih gemar bercerita mengenai kerjayanya.
"Saya lebih selesa jika kerjaya saya diberi perhatian berbanding kisah peribadi namun terpaksa mendedahkan perkara tersebut kerana sering diasak dengan pertanyaan sama sebelum ini," katanya.
Pasangan itu mula berkawan rapat sejak sama-sama terlibat dalam drama bersiri Diandara kira-kira setahun lalu.

Fathia dan Aiman bergandingan dalam teater Bidasari yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari ini.
Dalam pada itu, Nur Fathia mengakui berasa kekok perlu berlakon di samping Aiman dalam teater Bidasari yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 hingga 17 Februari ini.
Kata Nur Fathia, perasaan itu muncul kerana ini adalah kali pertama mereka bergandingan dalam sebuah teater bangsawan namun semakin selesa dengan peranan masing-masing.
"Bidasari adalah sebuah naskah yang agak berat dan sebagai pendatang baharu dalam dunia teater ia amat mencabar bagi menyesuaikan diri," jelasnya.
Teater arahan Lokman Ghani membariskan pelakon lain seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Raja Azura, Nur Fathia, Hairul Azreen dan Radhi Khalid.

sumber: http://mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment