Sebagai bakal mempelai, pasti banyak perkara yang perlu dilakukan oleh lelaki dan perempuan sebelum tibanya hari perrnikahan yang ditunggu-tunggu.
Biarpun masih ditebak dengan kontroversi melibatkan bekas kekasihnya semasa sedang seronok menghitung hari, Puteri Sarah Liyana dilihat tidak membiarkan perkara itu mematikan keterujaannya untuk bergelar isteri.
Terdahulu, sebuah blog hiburan melaporkan Ammar Alfian telah membangkitkan isu kisah silamnya bersama pelakon itu baru-baru ini dan Sarah sendiri membuat kenyataan dia tidak tertekan dengan dakwaan tersebut.
Bagaimanapun menerusi laman Twitter, Sarah sama sekali menyangkal perkara itu dan menegaskan tidak pernah memberi kenyataan terhadap isu berkenaan.
Enggan terus terpalit dengan kontroversi lama, pelakon yang sudah hampir setahun berhijab ini nampaknya lebih selesa menyibukkan diri dengan membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya nanti.
Menurut Sarah, segala dokumen yang diperlukan sudah disediakan dan kebenaran untuk berkahwin juga telah dipersetujui oleh JAIS. Kini fokusnya hanya tertumpu pada melengkapkan barang-barang hantaran.
Melihat kepada kemaskininya di laman sosial itu jelas menunjukkan bakal isteri Syamsul Yusof ini sudah tidak sabar untuk melangkah ke alam perkahwinan yang hanya tinggal lebih kurang 16 hari sahaja lagi.
Untuk pengetahuan anda, Sarah dan Syamsul akan melangsungkan perkahwinan mereka pada pagi 8 Mac 2014 di Masjid Sri Damansara.
Majlis resepsi pula diadakan pada sebelah malam hari yang sama dengan bertemakan Islamic Arabian Night. Pastinya majlis perkahwinan mereka akan menjadi salah satu majlis paling meriah tahun ini.
sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment