Sebuah kereta jenis Proton Exora dikatakan terbakar secara tiba-tiba di kawasan letak kereta Hospital Selayang semalam mengemparkan orang ramai kerana dua kanak-kanak berada di dalam kereta tersebut ketika kereta itu mula terbakar.
Difahamkan ketika insiden berlaku, dua kanak-kanak tersebut berada di dalam kenderaan tersebut yang di tinggalkan oleh ibu bapa mereka yang mana kedua ibu bapa kanak-kanak pergi melawat pesakit di Hospital itu.
Namun kanak tersebut berjaya diselamatkan oleh orang awam, tiada kemalangan jiwa yang berlaku namun kereta Exora tersebut terbakar keseluruhan manakala motosikal Kriss berhampiran kereta tersebut hanya terbakar kira-kira 30 peratus.
Bantuan daripada Jabatan Bomba dan penyelamat Selayang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4.00 petang selepas menerima laporan kejadian beberapa minit sebelum itu.
Kesimpulan dari kisah ini jangan lah kita sebagai ibu bapa sesuka hati tinggalkan anak-anak di dalam kereta , walaupun terpaksa , kerana sesetengah Hospital tidak membenarkan membawa kanak-kanak ketika melawat pasakit.
sumber: http://belogfadah.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment