
Alasan yang biasa diucap oleh lelaki, mereka merasakan hidup yang makin bahagia atau isteri masak semua menu sedap-sedap, takkan nak tolak. Faktor ni lah menjadikan lelaki boroi lepas kahwin.
Kajian ini juga mendapati bahawa lelaki, 13 peratus lebih mungkin mengalami berat badan dibandingkan ketika mereka masih bujang. Kajian ini melibatkan 530 orang dewasa yang terlibat dalam program diet, aktiviti fizikal, dan status BMI.
Daripada responden yang ada, 58.5 peratus lelaki mengalami penambahan berat badan setelah berkahwin. Sebaliknya, wanita yang mengalami keadaan sama hanya ada kira-kira 39.8 peratus. Namun penyelidik juga mendapati bahawa alasan kenaikan berat badan bukan hanya disebabkan oleh keselesaan hidup sahaja yang dialami selepas pernikahan. Sebenarnya ada banyak lain lagi menjadikan lelaki boroi lepas kahwin.
Lelaki yang sudah berkahwin dikatakan menjadi tertekan kerana perlu mengatur pelbagai perkara dalam keluarganya, sehingga mereka akhirnya banyak makan sebagai tempat melepaskan masalah tersebut.
25 peratus responden yang mengaku mereka merasa “sudah laku”, sehingga tidak perlu beriya-iya sangat dah dalam menjaga berat badan.
75 peratus responden berkata mereka terlalu stres dengan pekerjaan. Akibatnya, sampai je di rumah terus makan apa yang terhidang.
Yang ni memang tak dinafikan dah, betul tak? lelaki menjadi malas untuk bersenam lepas kahwin, sebabnya “Boroi itu Seksi” hehehehe…
sumber: http://www.anakulucheka.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment